Saturday 13 September 2014

assalamualaikum...

hai bersiaran kembali setelah beberapa bulan menyepi... macam laa ada orang baca kan.. hehe
alhamdulillah setelah 2 bulan melepak kat rumah sekarang ni dah 2 minggu aku kerja kat hospital pantai sungai petani ni kat bahagian maintenance. dan tinggallah diriku berseorangan kat bilik hostel ni... aku pilih hostel ni sebab dekat dengan tempat kerja n boleh pergi balik kerja jalan kaki je.. almaklumlah aku mana ada transport..

sebenarnya sangat boring ni wekend duk dalam bilik je.. dah tak tahu nak buat apa dah... baju semua dah basuh, iron semua dah.. so, dikesempatan yang ada ni bolehlah merepek sedikit sebanyak pengalaman kerja kat sini...

minggu pertama kerja memang sedikit tertekan lah sebab semuanya baru, new place, new environment, new teammate, tak ramai pun teammate maintenance kat sini 4 orang je.. so, bermulallah proses pembelajaran menimba pengalaman... walaupun dalam hati tetap terdetik untuk sambung belajar but kuatkan hati untuk bekerja nak balas jasa mak ayah... abah aku dah umur 60 tahun... dah tak nak bagi dia kerja tahun depan.. biarlah kami adik beradik yang tanggung mak abah pulak lepas ni.. maklumlah orang kerja kampung mana ada pencen semua ni...

ok, kerja aku kat sini bermula dari bawah, semua benda kena buat tak semestinya kita bahagian biomedic just focus on biomedic but kita kena ambil tahu hal facilities semua.. aircond, paip bocor semua kena amik tahu jugak... bak kata akak senior aku kita multitasking kat sini.. dan kat sini cara kitorang berhubung adalah dengan walkie talkie je.. mula2 guna aku malu2 jugak.. tapi lama2 dah biasa lah guna benda ni walau kadang2 sambil bercakap tu nak tergelak jugak..

lagi satu yang aku perasan macam kerja aku kena banyak deal dengan nurse, sister camtu kan.. so dulu adalah pengalaman internship kat hospital kerajaan.. aku dapat rasa perbezaan dia... seriously kat sini tak pernah kena sindir ke apa.. takde langsung diorang sangat hormatkan kita cakap elok2 je..
sebenarnya takde niat nak bandingkan pun tapi benda ni aku perasan lah.. sebab tu walau gaji permulaan aku kat sini sikit tapi ok lah untuk prmulaan kan.. belajar untuk bersyukur dengan apa yang ALLAH sw.t bagi...

cuma cabaran aku kat sini adalah aku takde saudara mara kat sini.. so, memang alone jelah.. aku dahla homesick ni hari2 balik kerja tengok benda sama je kat bilik ni... macam manalah aku nak tahan ni.. huhu rindu kat semua orang rindu family, rindu bff utm, rinduuuuuuu........ :(

Thursday 12 June 2014

zoo johor

assalamualaikum...

hi semua.. :) now is the time to ask doraemon for a special throwback version...  nanti dah balik rumah memang takde masa nak update blog ni.. tetiba dah besar pun excited nak pergi zoo kan.. special request kat qilah nak pergi zoo before habis belajar ni.. so, haritu nabila mintak amikkan dia kat cs coz dia punya flight smpai singapore then naik bas smpai cs.. so, sambil menyelam minum air ye x.. kitorang decide nak g jalan-jalan zo tengok binatang.. :)

kitorang pergi dah nak tengahari.. tiket nak masuk rm2 je.. berbaloi lah walaupun hujan tapi kalau jalan dengan diorang ni memang best sangat.. benda tak best pun jadi best.. haha special request ('aqilah jom lah ikut g singapore" kelip-kelip mata)

welcome to zoo johor.. thank you korang for this moment.. :)


tengok kitorang bawak payung sebab takut panas kan... 15 minutes later, hujan lak..
bagus jugak so sesuai lah bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan..

see time ni panas je kan.. tapi 5 minit lepas tu hujan.. isk isk 

walaupun boleh je tengok rusa kat utm ni tapi still excited jgk tengok kat sini.. :)

me with cik belang yang kurus mantain ye.. :)

aqilah with turtle kot.. not so sure.. haha

sal with bapak belang... garang nau...


paling nervous bila dengar singa tu mengaum(not so sure the exact word"mengaum is't ok") tu kuat yang amat.. bila kitorang duk kacau2 dia macam marah siap keluar pusing2 pastu duk cakar2 kayu.. macam lapar pun ada jugak.. xamik pulak gambar singa sebab time tu cam excited duk panggil2 je.. lama jugak kitorang pusing kat dalam tu.. dalam pukul 6 baru sibuk nak keluar..

next destination ke cs untuk amik nabila.. kitorang sampai awal so, jalan2 dulu.. so bila nampak kedai trio, of course suka beli baju kat situ sebab dia murah kan... benda yang less selalu nampak murah.. dah tu jalan2 dulu sambil tunggu nabila

great time together.. gonna miss all of u.. :)

cantik pulak tengok tempat ni.. :)

from left: nana, qilah, nabila, kak b 

sekarang ni dah habis belajar, masing2 dah ada haluan sendiri ada yang sambung belajar kat utm, oversea dan ada yang dah dapat kerja dan jugak yang menganggur like me.. so, lepas ni susah dah nak jumpa dan nak jalan2 macam ni lagi.. walaupun time belajar ni sibuk dengan assignment, test, exam semua.. but also the best part is kita enjoy je makan2, jalan2 n now time for us to start think about our future.. do the best yaa..

one more thing nanti kalau ada melawat orang sakit ke.. jangan lupa baca "Allhummasyfi (nama)"..
thank you sudi baca..

k till then, bubye



Wednesday 11 June 2014

4swbians


assalamualaikum...

hi malam ni rasa macam nak upload blog bertubi-tubi sambil dengar lagu kris dayanti ni.. xde motif :) sebab malam ni rasa macam free je nak kemas barang nak balik rumah pun xde mood lagi.. entry ni macam compilation la nanti time rindu kat classmate 4 years together ni boleh jugak tengok2 kan...

gambar pun banyak ni dapat dari kamera/fon kawan2 semua. start dengan conference for final year student or short name BME 14(Bioscience and Medical Engineering 2014 kot... hehe) so, this year, event ni buat selama 2 hari.. before conference tu memang tak tidur malam ah semua sebab nak siapkan project, poster masing2.. tengok projek orang lain rasa macam kerdil je project sendiri.

belakang tu poster aqilah n aishah.. kami tumpang amik gambar je.. :)

lepas je present dekat panel rasa happy sebab dah lepas 1 beban.. huhu muka semua happy je lepas present.. hari kedua tu tak tahu nak buat apa dah sebab kami punya turn dah lepas cuma tengok kawan2 yang lain berjuang.. tahniah jugak untuk kawan2 yang menang haritu, zaf&ain (best poster) zu&sal(best industrial) wawa(best presenter).. yeayy

habis je bme conference next event is final year dinner organised by alumni utm.. dinner ni buat kat pulai spring.. tengok gambar jelah 
*pic kredit ipad qilah 
us..from left ecah, shanan, ain, zaf, kak b, qilah, wawa, zu , sal

left.. iskandar, napi, zarith, nisha, nabila,afatin,zul, nana, qilah
tak ramai pun yang join malam ni... maybe diorang ada kerja lain kot.. kitorang yang perempuan je excited dinner camni.. *of course*  benda paling sedap time event cmni adalah makanan ye kwn2.. jangan tanya nama menu ni sebab aku pun dah lupa(actually x tahu pun) selamat menikmati :)




ok yang ni coctail ye kwn2.. yang tudung coklat tu cik qiah ye xsbr nak makan ke..

with rumate.. 4 years in utm
teman gembira, marah, kecewa, merajuk bersama...
teman pi singapore next week.. yeay
sayang nana :)





girls power.. yeahh
k lah next story next update.. till then bubye






happy*sad

assalamualikum..

bertemu kembali. alhamdulillah dah habis pun last paper for this final exam for the last last last semester... horeeeyyyy... syukur sangat2 dah habis semua.. ada masa seminggu lagi nak stay kat utm ni tapi insyaallah akan datang lagi untuk konvokesyen insyaallah..

muka happy lepas jawab last paper... gonna miss uolls
                                



hari jumaat lepas aku dapat call interview.. bukan aku je termasuk aku 5 orang coursemate aku pergi interview tu.. before this, aku pernah survey tanya senior diorang kerja pe sekarang n camne kerja diorang.. so, macam tertarik la dengan kerja diorang sebb dalam office je kan.. kalau ikutkan scope kerja biomedical engineer ni ko xde nye bleh duk office gitu.. kita kna handle machine, handle people(ni part yang paling susah actually time aku buat industrial training dulu)... ok so, sambung balik nak dijadikan cerita company tu offer job vacancy so aku try la apply.. so pergi la interview... tumpang rumah ain n pergi interview tu perjalanan kitorang jauh jugak sebenarnya,... naik ktm, lrt, bas, teksi lengkap kan 1 package... hehe

sebelum pergi memang dah prepare belajar software mimics dulu dari senior.. tapi kiranya aku pergi interview ni dalam minggu exam.. so in between paper tissue engineering dengan engineering management.. memang mencabar jugak ar.. memang tak prepare pun.. cuma bila belajar software tu kat youtube dah rasa confident dengan benda ni... so, tiba hari interview first thing kna buat adalah technical test.. diorang siap bagi demo lagi n lepas tu baru kitorang buat... aku rasa yang datang interview ada dalam 9 orang je kot...
technical test ada 2 part... maybe aku nervous sgt kot jadi blank tetiba amik masa sikit nak siapkan first test.. pastu continue dengan second part aku tak sempat siap pun... tetiba time up.. huhu
ready for the test.. :)

ok, dah habis benda tu ada interview plak... interview macam biasa je soalan dia.. tapi macam tak related sikit lah sebab aku takde basic software yang diperlukan.. soalan lain biasa jelah standard interview...
ok habis interview terus balik sebab result akan diberitahu dalam 2, 3 hari... so, dalam hati aku berharap jugak sebenarnya... ok, lpas dah balik utm untuk continue final exam, kawan aku qilah yang sama2 pergi interview datang bilik tanya dapat x kerja tu.. aku yang blur baru bangun tidur check fon memang xde call.. huhu so, dah dapat jawapannya aku tak dapat interview tu.. rasa dia sama macam orang putus cinta.. walaupun aku tak pernah bercinta putus bagai ni tapi bila tengok keadaan kawan aku yang baru putus cinta rasa cam sama lak... hehe mungkin ni first interview dan aku tak tahu camne nak react kalau tak berjaya dapat kerja tu... just imagine how loser u are kitorang berlima from utm and aku sorang tak dapat... ni perasaan aku time tu jelah tapi bila fikirkan balik everthing happen must be a reason right.. pastu dah tekad tak nak sedih2 dah... kalau dah ditakdirkan jalan aku tak semudah orang lain untuk dapat kerja aku terima je...

maybe lepas ni boleh cuba lagi.. or another option kalau tak dapat jugak kerja maybe kena sambung master ke.. huhu no choice la.. haha

ALLAH s.wt sebaik2 perancang kita just berusaha n selainnya serahkan padaNYA....

k lah till then, bubye

Friday 9 May 2014

selamat hari ibu mak

assalamualaikum...

hi all.. hmm nervous nya sekarang ni.. next week 14.5 antara tarikh penting untuk kami final year student biomedical engineering utm ni coz we have to present our final year project.. alhamdulillah sekarang ni tengah touch up3 lagi untuk dapat optimum result... poster pun dalam proses.. susah sikit aku ni jenis tak kretif dah berapa lama google example poster tapi still aku punya poster tak siap2 lagi... xpe2 ada masa lagi... ayat sedapkan hati...

tadi pagi dengar radio pasal hari ibu ni.. sebenarnya hari2 pun kita kena ingat dan appreciate our mother.. tak terhitung jasa mak abah untuk membesarkan kita.. still aku walaupun umur dah 23y/o tapi still mak kena tanggung lagi... rasa bersalah sangat.. walaupun mak tak pernah mengungkit sikit pun dan dia tahu anak dia still a student so, semuanya dia siapkan... macam haritu dia call tanya nak baju raya colour pe.. excited dia cerita kita beli kain camni pastu beli lace jahit kat tangan semua... aku cakaplah xpe aku taknak baju raya tahun ni coz dah besar kan lagipun baju kurung yang tak pakai banyak lagi... tapi mak marah dia cakap mana boleh macam tu.. sebab tu aku berdoa sangat ALLAH s.w.t murahkan rezeki aku dan dapat kerja cepat2 nak balas jasa mereka... kalau boleh taknak bagi abah kerja dah... sepatutnya dalam usia sekarang abah dah patut duk rumah rehat2 je... tapi camtu lah insan bergelar mak abah ni tak kan berhenti fikir pasal anak2 diorang...

masa kecil2 dulu abah kerja merantau jauh.. so, semua benda mak yang uruskan kami adik beradik... walaupun kalau ikutkan keluarga aku dalam kategori biasa2 je.. tapi semua benda kitorang adik beradik dapat.. mak memang pentingkan kami adik beradik.. kalau dapat cemerlang time exam mak akan bagi hadiah.. dulu fikir nak score exam sebab nak dapat extrinsic reward dari mak je.. hehe

aku dengan mak sangat rapat, hari-hari kalau boleh nak call mak... walaupun soalan sama je "mak dah makan" "makan apa""mak sihat" tapi mak tak jemu pun jawab soalan tu.. lepas call mak mesti rasa lega rasa semagat.. hebatnya ALLAH s.w.t bagi kita perasaan camni.. syukur ya allah kau kurniakan ibu yang hebat buatku.. last word happy mother's day mok...




Saturday 3 May 2014

assalamualaikum...


sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Redha Allah s.w.t bergantung pada redha dua ibubapa, dan murka Allah s.w.t bergnantung kepada murka kedua ibubapa..."

Riwayat Al HJakim

ingatan bersama.. hargai dan sayangi ibu bapa kita... :)

Friday 18 April 2014

#mystories

assalamualaikum... happy friday!

hiiiiiii..... harini macam-macam  nak share gambar dalam fon ni.. first, cerita pasal pengalaman naik bukit broga...  second, pengalaman jalan kaki naik balai cerap.. last, pasal musim bunga kat utm..

#brogahill
semua orang mesti dah pernah naik kan bukit broga ni sebab tempat ni kan famous kan.. program ni sebenarnya persatuan fakulti yang buat benda ni... so, ada kawan invite kat facebook terus excited nak join. dulu lagi teringin nak hiking bukit broga ni ecspecially bila tengok kawan up gambar scenery from bukit broga ni cantik sangat..

malam 11/4 tu kitorang bertolak ke selangor dari utm ni pukul 11 malam... kitorang dah siap pakai track suit dengan sport shoes semua dah.. ramai jugak yang join ada dalam 60 orang jugak.. time ni lah nak kenal junior semua kan.. hehe maklumlah now dah final year kan.. ok back to the story, kitorang sampai kat sana dalam pukul 3.30 pagi.. dan pengarah program cakap start kita start mendaki pukul 4 pagi...  alhamdulillah time kitorang mendaki keadaan ok lah sebab tak hujan kan... perjalanan naik alhamdulillah ok je memasing dengan torchlight nak tengok jalan kat depan... berbeza kot pengalaman naik dengan turun bukit broga sebab masa kitorang daki tu keadaan memang gelap gelita.. so kitorang memang daki je.. sekali time turun tu kan dalam pukul 8 so, dah cerah memang terkejut arr sampai aku cakap kat kawan aku, '"ooh.. ni ek jalan kita daki tadi.. macam tak percaya je.. haha malam-malam kan ko main daki je tak sempat nak tengok kawasan sekeliling..

muka kepenatan nak daki bukit broga... 

gelap je time daki ni...




                                                             nice view..:)

time kitorang daki tu weekend, so memang ramai lah yang daki sana.. time turun tu makin ramai orang baru nak daki.. banyak lah drama yang dapat tengok kat atas tu.. haha (ada laki merajuk la, couple tengah gaduh la...malas nak cerita... haha)...

kitorang start daki pukul 4 sampai kat atas dalam pukul 5.30 pagi rasanya.. sempat lah rehat2 sambil tunggu nak solat subuh.. kitorang start turun pukul 8 pagi.. turun je sampai bawah naik bas terus balik utm... :)

pic kenangan dengan classmate.. :)
                     


#balaiceraputm
next stories, sebenarnya sepanjang 4 tahun kat utm ni dah banyak kali naik balai cerap ni.. tapi sebelum ni daki ikut jalan short cut dari kolej ni dan jugak naik moto/kereta dari jalan k11 sana... tapi time ni special sekit sebab kitorang decide nak jalan kaki daki bukit nak naik kat balai cerap ni.. kitorang tinggal kereta kat arked k11 dan jalan kaki dari situ...

kitorang pergi berenam dan of course semuanya perempuan... masa naik tu ok lah memang ada monyet tapi onyet2 tu semua duk kat tepi je takdelah kacau jalan kitorang kan... alhamdulillah sampai atas dan kitorang rehat2 kejap tengok pemandangan indah di petang hari kan....


                                        happyyyyy faces:) yeayy we did it..


buuuuuut, kitorang rehat kejap je kat atas tu sebab kena cepat2 turun takut gelap kan... sebab kitorang bukan naik guna kereta pun... ok on the way turun tu... boleh pulak monyet ni banyak gila diorang buat meting tengah2 jalan sampai xde space pun untuk ko lalu kat situ.. dah kenapa kan buat meting dengan geng2 semua kat tengah2 jalan kan.. muka masing-masing dah takut dah, takkan ko nak selamba je nak mintak excuse dengan monyet2 sekalian kan... dah laa tak de orang pun masa tu.. so, kitorang decide tunggu kejap dan nasib baik ada satu kereta ni lalu time tu.. pastu dia tengok kitorang macam nak mintak tolong camtu pastu dia paham2 sendiri dia reverse kereta dan hon banyak kali kat monyet2 tu semua.. nasib baik monyet2 tu mendengar kata diorang ketepi sekejap.. apa lagi kitorang mula langkah seribu lari cepat2 memang masa ni semua hebt lah lari dah macam atlet dah... sangat berterima kasih kat driver myvi tu.. huhu

#musimbungautm

time balik dari cuti mid sem 2 minggu lepas, memang perasan ar banyak bunga2 cantik yang keluar kat utm ni.. tapi sekarang memang dah luruh semua dah.. sempatlah amik gambar kawasan depan blok hostel aku ni..

 #class photo 2014

ok, last sekali dah macam entry bergambar kan.. haritu kan kitorang ada amik gambar kelas.. minggu ni baru dapat gambar tu semua.. agak frust sebab ramai yang tak dapat join amik gambar tu kan.. 





#4swb #finalyearstudents #biomedicalengineeringutm

thank you for reading!